Isnin, 31 Januari 2011

shila ke pentas antarabangsa

Shila Baru Berusia 21 Tahun.Beliau pergi kepentas antarabangsa
SENYUMAN tidak pernah lekang dari bibir penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah yang ditemui minggu lalu di Bora Ombak, Ampang, pada majlis sidang media pengumumannya sebagai wakil Malaysia ke konsert Asia Star Session di Festival Voice Of Astana sempena dengan temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-7 (7th Winter Asian Games) di Astana City, Kazakhstan.

Penuh dengan perasaan teruja, Shila memberitahu dia langsung tidak menyangka dipilih untuk mewakili Malaysia dalam persembahan pentas yang turut disertai oleh penyanyi dari 45 buah negara lain.

Tawaran daripada pihak Performers & Artistes Rights (M) Sdn. Bhd. (Prism) yang diterimanya pada awal Disember tahun lalu disambut dengan hati yang terbuka namun penuh debaran.
“Saya teruja tetapi dalam masa yang sama gementar kerana inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kazakhstan dan inilah persembahan terbesar pertama saya di luar negara. Tawaran ini juga satu penghormatan buat saya, pastinya saya ingin lakukan yang terbaik kerana saya membawa nama Malaysia meskipun ia hanyalah sebuah persembahan,” ujarnya yang telah berkecimpung dalam bidang seni selama 12 tahun.

Temasya sukan yang telah berlangsung sejak tahun 1951 itu sedikit berbeza tahun ini apabila ia turut mengadakan festival muzik. Festival itu merupakan satu platform buat Shila untuk mengembangkan lagi sayap seninya ke peringkat antarabangsa kerana terdapat ramai penerbit muzik yang turut akan menghadiri festival tersebut.

“Saya anggap ini satu pembuka tahun 2011 yang baik buat saya dan akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mengenali penyanyi-penyanyi dari negara lain, mana tahu saya boleh berkolaborasi dengan mereka.

“Mungkin juga saya akan mendapat tawaran persembahan di sana kerana saya menganggap orang yang menonton persembahan saya merupakan bakal pelanggan yang akan mengundang untuk persembahan saya pada masa depan,” ucap gadis berusia 21 tahun itu lagi.
Meskipun persembahan Shila di temasya itu hanya berlangsung dalam durasi 20 minit tetapi persiapan telah dilakukan sejak sebulan yang lalu kerana perbezaan cuaca antara Malaysia dan Kazakhstan yang kini sedang dilanda musim sejuk.

“Saya jenis tidak tahan sejuk. Jadi perbezaan cuaca yang sangat besar antara Malaysia dan Kazakhstan boleh mengganggu suara saya jika tidak membuat persiapan. Selama sebulan saya lebih banyak bersenam supaya dapat tingkatkan stamina, menjaga pemakanan dan paling saya risaukan adalah tahap kesihatan saya

Dalam festival yang berlangsung sejak 30 Januari sehingga 5 Februari itu, ia merangkumi dua acara besar iaitu Konsert Klasikal dan Opera serta Moden dan Hip Hop. Shila yang membuat persembahan pada 3 Januari akan menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Nirmala dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza dan sebuah lagu bahasa Inggeris yang belum diputuskan lagi.

“Pihak Prism beritahu, mesti ada persembahan yang melambangkan Malaysia dan saya pilih lagu Nirmala. Saya akan menyarungkan pakaian daripada kain songket rekaan Salikin Sidek dan menari ketika mendendangkan lagu itu. Saya juga telah beritahu Datuk Siti yang saya akan menyanyikan lagunya pada festival itu nanti.

“Lagu bahasa Inggeris pula saya belum membuat sebarang pilihan tetapi buat masa ini ada dua buah lagu yang saya sedang pertimbangkan iaitu antara lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dan I Drove All Night nyanyian Celine Dion,” tuturnya yang akan diiringi muzik minus one.
Shila yang terbang ke Kazakhstan bersama kedua ibu bapanya serta wakil Prism pada 30 Januari lalu dan akan kembali ke Malaysia pada 6 Januari turut mengadakan persembahan di kedutaan Malaysia di sana.
Album baru

Selepas muncul dengan album 3 Suara bersama penyanyi Jaclyn Victor dan Ning Baizura, Shila akan muncul bersama album kelimanya yang dijangka akan berada di pasaran pada penghung tahun ini.

Menariknya kebanyakan lagu yang akan dimuatkan dalam album itu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shila, manakala susunan muziknya pula dilakukan oleh komposer kegemarannya iaitu Aubrey Suwito.

“Saya tidak akan keluarkan album dalam masa terdekat kerana akan bertindih dengan album 3 Suara, jadi saya akan keluarkan lagu single terlebih dahulu yang kini sedang dalam proses.
“Lagu terbaru ini sangat bermakna kerana ia adalah ciptaan saya sepenuhnya menggunakan gitar, saya ingin menjadi penyanyi yang mencipta lagu sendiri,” katanya tentang lagu single yang dibikin menggunakan wangnya sendiri.

Tegas Shila, meskipun mahir bermain gitar tetapi dia masih tidak mempunyai keyakinan untuk memetik gitar di depan khalayak sebaliknya dia lebih selesa memetik gitar ketika mencipta lagunya sendiri.
“Saya tidak berani dan yakin untuk main gitar masa buat persembahan. Kalau saya pegang gitar hanyalah untuk cipta lagu sendiri sahaja. Buat masa ini terdapat lebih daripada 20 buah lagu ciptaan saya yang berada dalam simpanan.

“Saya membawa semua lagu itu kepada Aubrey, kemudian dia akan memilih lagu yang dirasakan menarik dan boleh digilap. Saya memang banyak belajar daripadanya,” katanya yang turut berkebolehan bermain piano.
Duta produk Safi Balqis itu menegaskan album baru yang bakal diluncurkan itu menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri bukannya dana daripada bapanya yang juga seorang penyanyi dan ahli perniagaan, ND Lala.

“Saya menjadi duta produk dan membuat persembahan pentas, semua duit itu saya simpan dan tidak digunakan sewenang-wenangnya. Bapa saya, kalau saya minta tolong, dia pastikan akan berikan duit tetapi saya sudah mempunyai pendapatan sendiri.

“Jadi saya rasa malu untuk minta duit daripada ibu bapa. Kalau bapa beri duit saya akan menganggap ia sebagai pinjaman dan akan bayar semula. Dia tidak pernah ajar anak-anaknya untuk dapat duit dengan cara yang mudah, kalau nak duit harus berusaha keras,” beritahunya.

Ahad, 30 Januari 2011

Jason Mraz sokong gay


"JASON Mraz mengaku telah melamar kekasihnya, Tristan Prettyman untuk berkahwin. Bagaimanapun, mereka yang telah bertunang sebelum Krismas tahun lalu tidak akan berkahwin selagi cinta sejenis golongan gay tidak diberi hak untuk berkahwin seperti pasangan normal.

Hal itu diluahkan penyanyi yang cukup popular dengan lagu I'm Yours kepada Us Weekly.
Katanya: 'Saya dan Tristan bersetuju untuk berkahwin dalam majlis yang akan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat dan komuniti kami. Tapi kami tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sejenis golongan gay tidak diluluskan.

'Selepas hak mereka (golongan gay) terbela, barulah kami akan berkahwin. Saya rasa membenarkan perkahwinan sejenis adalah satu langkah besar dalam undang-undang dalam memberi hak kepada individu itu.'
Bagaimanapun Jason bukanlah satu-satunya artis yang menyokong hubungan sejenis ini. Sebaliknya artis Barat seperti Elton John yang sudah pun berkahwin dengan pasangan sejenisnya. David Furnish"

Lady Gaga Tunang


"LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik tersebut. Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.
Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.

Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.

Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum Gaga melancarkan album terbarunya pada 13 Februari nanti.
Bagaimanapun menurut sumber itu, walaupun sudah bertunang, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.

'Dia dan Carl tidak akan terburu-buru mengumumkan tanggal pernikahannya. Bahkan Gaga masih belum punya cincin pertunangan, kerana Carl tak mampu membelinya,' ujar salah seorang teman dekat pasangan tersebut.

Gaga kembali memberi peluang kedua kepada Luc yang curang kepadanya pada tahun lalu untuk menyambung semula cinta mereka. Tindakan tersebut dilakukan Gaga kerana penyanyi itu dikatakan terlalu mencintai lelaki tersebut."

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian


"WALAUPUN sibuk dengan dunia lakonan, artis muda yang juga baru muncul dengan album perdananya, Cinta Laura, kini tidak menunggu lama untuk sukses sebagai penyanyi.
Dia kini muncul dengan duet bersama juara Australian Idol 2003, Guy Sebastian menerusi lagu Who's That Girl yang menurut Laura, lagu tersebut sedang hit di negara kanggaru itu.

Menurut Laura, lagu tersebut berkisah tentang Guy yang sedang keluar bersama teman-teman terpaut hati dengan seorang gadis, dan gadis tersebut adalah Laura.
Selain berduet, mereka juga merencana untuk membuat video klip.

Namun hingga sekarang video klip lagu tersebut masih belum dapat dilakukan kerana Guy terlalu sibuk. Mereka merencana video klip itu dibuat di Bali.

'Guy sekarang tinggal di Los Angeles dan dia sangat sibuk. Jadi apabila dia punya masa, begitu juga saya, barulah kami boleh melakukan video klip tersebut di lokasi yang kami rancang iaitu di Bali.
'Mungkin jika bukan bulan depan, klip ini akan dibuat pada bulan Mac. Kita tengok nanti macam mana,' kata Cinta."

Ariel Peterpan dipenjara

"Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Dearah Bandung hari ini, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.
Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah"

Soul 3 semangat 1Malaysia


"MESKIPUN sudah melahirkan tiga buah album, kumpulan Soul 3 yang berkonsepkan 1Malaysia hasil gabungan tiga anak muda Melayu, Cina dan India masih belum cukup dikenali ramai dalam dunia seni suara.
Sungguhpun begitu, trio yang diwakili oleh K. Ganesh, Terry Siau dan Helmi Fazli Md. Halim itu masih gigih berusaha.

Mereka tidak pernah kenal erti jemu untuk terus bertahan dalam industri hiburan kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Selaku ketua kumpulan, Ganesh tetap menyifatkan kehadiran mereka masih lagi baru dalam industri muzik dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan posisi.

'Saya akui kami memang kurang mendapat liputan daripada media dan mungkin kerana faktor itu, ia membuatkan kami kurang dikenali.

'Pada tahun ini, kami akan bergerak perlahan-lahan membuat promosi album baru kami yang bertajuk Gunung Asmara. kami akan cuba untuk menganjurkan konsert sendiri,' katanya ketika ditemui semasa sesi fotografi di Kosmo! baru-baru ini."

Nora, Jejai bersatu demi Rayqal





"TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya.
Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat.
Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai,
Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. Sebab itu juga, ajakan percutian bekas keluarga mertuanya ke Tokyo dan Niseko, Jepun pada 30 Disember 2010 hingga 19 Januari lalu disambut dengan besar hati.
“Percutian itu sudah lama dirancangkan, sejak Mei 2010 lagi. Lagipun, sudah menjadi agenda keluarga mertua untuk bercuti bersama keluarga setiap tahun. Hanya tahun ini saya dan Rayqal ikut serta."

Nia Ramadhani Hamil


: "BERITA gembira melengkapkan kehidupan Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakrie.
Pasangan yang berkahwin pada April 2010 ini bakal menjadi ibu dan bapa pada tahun ini berikutan Nia disahkan positif hamil. Namun, pasangan ini masih merahsiakan usia kandungan itu.

'Nanti kalau diizinkan Tuhan, pasti akan diberitahu,' ujar pelakon siri Bawang Putih Bawang Merah itu mengelak ketika ditanya tentang kehamilannya.

Nia, 21, yang ditemui usai konsert Swara Sang Dewi Titi DJ di Taman Ismail Marzuki, Cikini, Jakarta Pusat, mengaku tidak pernah merancang kehamilan.
Dia kini sibuk membantu urusan rumah kebajikan yang ditubuhkan keluarganya khusus membantu golongan kanak-kanak.

'Saya juga tidak cuba melewatkan kehamilan,' tegasnya.
Nia sentiasa mengelak ketika diajukan soalan berhubung cabaran semasa hamil bagaimanapun dia menjelaskan hanya berat badannya terus meningkat.

'InsyaAllah, doakan sahaja ya,' tegasnya lagi.
Ketika ditanya mengapa dia enggan berkongsi berita gembira tersebut, Nia menjelaskan:
'Tidak perlu digembar-gemburkan,' ujarnya.

Nia meninggalkan dunia hiburan setelah menjadi menantu jutawan Indonesia, Aburizal Bakrie yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$5.4 bilion (RM16.47 bilion) menerusi pelbagai cabang perniagaan."

Perak




Selasa, 11 Januari 2011

Ana Rafali di komen oleh peminatnye




ni antara komen peminat terhadap ana rafali kat fb hot fm x tahan.aku pun terjerumus komen kat fm.ramai orang fb like kat comment aku.kalau nak tahu lebih lanjut sila ke fb hot fm untuk tengok komen2 panas ni!!! panas!!!
Tajuk utama HOT FM selepas AJL keesokanya
Pemenang AJL 25 di studio Hotfm - ANNA RAFFALI.... ada soalan atau ucapan, sila taip di komen sekarang :-)
Macam2 sumpah saranah untuk anafali..
Precious Rose: hurmmm takpe lah Ana Rafali mesti tengah baca komen2 kita ni ...at least she know...next time you kena perbaiki...sebutan..jangan terlampau terbawa2...belajar kat Malaysia, membesar kat Malaysia...tetiba menyanyi ada slang pula... adeeehhh....jadi next time perbaiki diri...take it positively.Orang tak setuju awak menang...sebab banyak kelemahan...thats
slim diet perembahan ana rafali mmg teruk dan buruk . Alasannya :1. Time perfome, sebutan bahasa mlayu menjadi slank english,kalau masuk AF dah lamer kene kutuk ngan pengkritik dan cikgu AF.2. Persembahan x mnarik, koriografi sangat buruk, dengan kha......diran syaitan2 dan pagar putih tu sanagt serabut. lebih baik buat simple cam YUNA, just duduk atas kerusi, and more focus on vokal.3.buat magik tu cam mniru style mawi tym AJL dulu, dah lapuk la, x sesuai ulang bende yang same, dah ketandusan idea ker sampai terpakse mniru gimik orang tang terdahulu.....!!!!
Precious Rose bukan tak faham...kalau juara lagu tiket lirik..patut buat anugerah lirik terbaik. peminat AJL tak sakit hati...so esok i buat lirik suara i ke laut, sebutan tak jelas, konsep persembahan tak jelas..boleh menang AJL. Peminat AJL nak JUARA AJL adalah JUARA dalam semua aspek, persembahan, vokal dan lirik... baik next time buat Anugerah Juara Lirik... ngehehehehe cheers beb

Ni antara Komen yang menyokong Ana Rafali
Puteri Bella ana wlupn suara ana tak bape unik..tp ana pandai membuat lagu melalui puisi..dan mengarang sendiri..lagu ana tu mmg ada makne tersirat dan best...kalau nak jalan mudah utk dapat 30.000 bg sesiapa yang jeles tu..trylah buat lagu sendiri dan upload ke utube..mne taw..anda pun terpilih.....x pandai menyanyi boleh menyanyi pun kira ok beb...zaman skunk suara rata..zaman dlu suara berallun..skunk all in one..menyanyi,mgrg,berpuisi,melirik,,,,,,,
Noorulzaki A. Rahman Lagu Ana Rafali ni memang sedap dan kalau dengar lirik dia memang mempunyai maksud yg mendalam tapi semalam punye performance, bagi saya tak berapa best sangat sebab mungkin Ana Rafali tak sihat dan suara dah serak (dapat tahu masa tgk Melodi ) tapi apa2 pun tahniah sebab dah jadi juara.
Intan Yus Tahniah Ana Raffali, susunan lagu & lirik mmg sedap, juri tlh buat keje dgn baik. Walaupun sy peminat Faizal Tahir, tp mmg tau lagunya x cukup kuat & suara out / pecah masa nyanyi. Camnepun, sgt suke bile FT menang persembahan terbaik. Tahniah!!!
hahhah..Nak wat cam ner juri dah tentukan..suara macamana punlah pemenang dia dah di noktahkan.Kalau nak jadi seperti ana rafali oleh insan2 yang berbakat bolehlah merakamkan video dan upload kat youtube dengan cara mudah dapat rm 30.000 ribu mana tau ada komposer yang terpegun tuah nasib badan siapa yang tahu...aku pun rasa macam nak buat lagu sendiri tapi tak de lah pulak aku pandai main gitar..


































Puisi Arti Kebahagian


Manusia bahagia bila ia bisa bisa membuka mata,
Untuk menyedari bahawa,
ia memiliki banyak hal yang berarti,
Manusia bahagia bila ia,
Mau membuka mata hati,
Untuk menyadari betapa ia dicintai.
Manusia bahagia bila ia,
Mau membuka diri agar orang lain
bisa mencintainya dengan tulus.
Manusia tidak bahagia kerana ia,
Tidak mau membuka hati,
Berusaha meraih yang tidak diraih,
Memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,
Dan tidak mau bersyukur.
Manusia buta kerana egois,
Dan hanya memikirkan diri sendiri,
Tidak sadar bahwa ia bergitu dicintai,
Bahwa saat ini apa yang ada adalah baik,
Selalu berusaha meraih lebih
Dan tidak mau sadar kerana serakah.
Kita akan bahagia bila bisa menerima diri apa adanya,
Mencintai dan menghargai diri sendiri
Dan mencintai orang lain.

Ahad, 9 Januari 2011

Punggai Beach Resort








Beberapa Gambar yang sempat bergambar di Punggai beach resort


Hari sabtu minggu lepas saya pergi ke punggai bercuti bersama rakan-rakan kerja abang.
Saya pagi2 sudah bangun membeli sarapan.Menggantuk mata ini rasanya menyiapkan pakaian untuk berpergian bercuti ke Punggai Resort Beach.Sebelum sampai ke punggai saya & pasangan pergi makan tengahari di bandar penawar,keadaan sekitar penawar sangat bersih nampak kekampungan disana tapi agak sunyi.

Kampung kawasan sana nampak x hiduplah mungkin belum dinaikkan taraf lagi.nampaklah, lebuhraya sedang dibuat.akan datang tempat ini akan menjadi pintu utama menghala highway ke pasir gudang.senanglah bagi sesiapa yang tinggal ditempat perdalaman.

Sampai ketempat beach resort,nampak airnya pasang dan ombaknya kuat tidak boleh mandi tempat sebegini.musim akhir bulan 12.ombaknya, lain macam...boleh tahanlah kat situ
ada swimming untuk orang dewasa dan budak boleh berendam dalam tu.ada taman buaian dan ada tempat bermain bola tampar maksud aku ada gelanggang untuk buat aktiviti.ada kayak ,kasut terompah 3 kaki sekali jalan.macam aktiviti sukan perkampungan gitu.abg pergi mengambil kunci di ofis challet Melor 4 bilik kami.Penat perjalannan tido sekejap,mata tak tahan walaupun 1 jam setengah sahaja untuk sampai kesini. Tidolah sepuas-puasnya kat bilik ni sebab aku memang kuat tidur pun...

Malamnya pula kami be BBQ kat sana.aku tahu makan je lah.siap ada aktiviti hiburan malam,apa lagi irama dan lagu tak dapat dipisahkan..apa lagi berkaraoke masuk token rm1.50 selagu.Berlagu2 aku menyanyi dapatlah 4 buah lagu dah token ada depan mata.aku nyanyi lagu wann.org lama.abang kata kepada kawanya"dia ni pantang dapat lagu free"..Apepun memang best gila

Untuk Penulis blog

Assalamualaikum & Salam sejahtera Malaysia.

Semalam saya baru buka email gmail dan dapat 1 email tentang join utk penulis blog bandar raya Johor Bahru..

Rakan yang berbakat besar bolehlah join sekali..dibawah ini keterangan yang saya dapati melalui email.Kenapa perlu membazir masa sekiranya masa dibuang sia-sia.lakukan untuk meningkatkan penulisan dan justeru,menambahkan ilmu terhadap bahasa melayu

Hai,

Saya menjumpai blog Sejarah kehidupan anda di Blogger dan saya mungkin mempunyai cadangan yang menarik untuk anda.Saya bekerja dengan yayasan CityMedia (citymediafoundation.org) dan pada masa ini kami menawarkan penulis blog yang berkaitan dari seluruh dunia peluang untuk menjadi pentadbir tapak video bandar mereka, inilah sebabnya saya menghubungi anda.
Kami telah mewujudkan rangkaian [City].vi, menjadikan video bandar-bandar di dunia boleh diakses mengikut model alamat ini: “ama bandar” diikuti dengan “.vi”
Contohnya: paris.vi, madrid.vi, chicago.vi, losangeles.vi, dsb.Model alamat ini boleh digunakan untuk 68,000 bandar paling penting di dunia. Fikirkan tentang sebuah bandar dan cuba... Objektif rangkaian [City].vi adalah untuk menjadi sumber terkemuka kandungan video tempatan.

Strategi kami: bekerja bersama-sama penulis blog tempatan yang berkaitan. Kami amat berbesar hati sekiranya anda menjadi pentadbir johorbahru.vi dan menawarkan pelayar internet pilihan video yang luas tentang Johor Bahru.Dengan menguruskan tapak video bandar anda, anda memperoleh semua hasil yang dijana daripada tapak itu: iklan, pendaftaran golongan profesional, pautan...

Anda juga perlu tahu bahawa untuk bandar yang sama, kami menghantar cadangan kepada beberapa penulis blog.Jemputlah ke tapak, anda akan dapati butiran lanjut tentang cadangan ini dan kelebihan bekerja dengan kami serta mengambil alih tapak video bandar anda.

Video: http://www.youtube.com/watch?v=Kl500NppDCYFacebook: http://www.facebook.com/city.viTwitter: http://www.twitter.com/city_vi
Terima kasih atas perhatian anda. Vicki KarlinCity.vi ManagerCity.vi, a tool by CityMedia Fdtcitymediafoundation.org unsubscribe ______________________________________________Copyright © 2009-2010 CityMedia Fdt.