Selasa, 20 April 2010

Saman Lagi! : Sheila Rusli Dan Berita Harian Disaman RM 5 Juta Oleh Datuk Azlina ..


Saman lagi! Satu belum selesai,satu lagi masuk dalam ini cerita.Datuk Azlina Che Abdullah yang juga merupakan bekas rakan kongsi kepada Sheila
Rusli untuk kes restoran Nasi Dagang House Sheila Rusli.Dalam kes
restoran tuh Sheila Rusli yang menyaman Datuk Azlina tapi dalam kes kali
ni Datuk Azlina tampil dengan menfailkan saman fitnah bagi menuntut
gantirugi am sebanyak RM 5 Juta terhadap penerbit akhbar Berita
Harian,Berita Harian dan Sheila Rusli sendiri berhubung penerbitan 3
artikel yang dikatakan menfitnah Datuk Azlina.

Kes saman Sheila terhadap Datuk Azlina masih belum selesai dan akan
disambung pada 14 Julai ini,Tapi jumlah saman yang dikemukakan oleh
Sheila Rusli terhadap Datuk Azlina takde lah sampai berjuta! Tapi saman
yang dihadapi oleh Sheila Rusli dan Berita Harian.3 artikel yang
dikatakan mempunyai unsur fitnah kepada Datuk Azlina adalah 'Nasi Dagang
House Sheila Rusli Bungkus!','Sheila Rusli Minta Nasihat Peguam' dan
'Ramai Simpati Nasib Sheila' yang diterbitkan oleh Berita Harian pada
9,12 dan 14 Oktober 2005.

Dalam kenyataan balas Datuk Azlina mengatakan yang Berita Harian
menerbit dan mencetak perkataan-perkataan yang berunsur fitnah
mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar dari dirinya.Oleh itu
Datuk Azlina menuntut ganti rugi am RM 5 Juta,ganti rugi
khas,teladan,kos dan lain-lain yang difikirkan sesuai.Sumber

Adehh..Rasanya ni artikel saman atau something yang berkaitan saman yang
ke seriban yang Rokku dah ulas.
Bukan nak jadikan blog ni blog mengulas tentang saman tapi memang itu
yang panas dan hangat! Bayangkan lah RM 5 Juta dik..! Mana kau nak raba
banyak tu? Berita Harian memang lah banyak duit,Tapi kalau kena kat
Sheila Rusli memang sayu lah nak cari jalan untuk membayar saman tuh
walaupun Sheila Rusli memang kaya.Hmm..Rasanya pendekatan berdamai lebih
molek kot? Kalau tetap dibawa ke Mahkamah maknanya Sheila dan Berita
Harian kena fight cukup-cukup lah untuk menang kes ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan