Ahad, 18 April 2010

pontianak oh pontianak



Pada suatu malam yang sepi, tepat pukul 12 malam, muncullah tiga ekorpontianak bertenggek di atas pokok di tepi sebuah bangunan, Pertemuan
ini adalah untuk membuktikan siapa di antara mereka yang lebih hebat dan
pantas dalam memburu mangsa....
Pontianak pertama memulakan pertandingan itu, Dia pun segera terbang dan hilang pada
pandangan mata,10 minit selepas itu muncul lah pontianak pertama dan
dengan bangganya dia menunjukkan mulutnya yang penuh dgn darah. Selepas
itu giliran pontianak kedua menunjukkan kehebatannya, dgn pantasnya dia
meloncat dan terbang mencari mangsa. kira kira 5 minit kemudian
muncullah pontianak kedua dengan mulut yang penuh darah bersama sama
kepala mangsanya. Kagum kedua dua pontianak yang lain melihat betapa
cepat dan ganasnya pontianak yang kedua itu. Melihat pontianak yang
kedua begitu pantas mendapat mangsa, pontianak yang ketiga pun dgn tidak
membuang masa dan dgn pantasnya dia terus meloncat , tak sampai
beberapa minit dia pun muncul dengan mulut yang penuh darah
juga.Terkejut beruklah pontianak pertama dan kedua melihat begitu cepat
dan pantasnya pontianak ketiga . Dengan ini terbuktilah pontianak yang
ketiga itu adalah juara dalam pertandingan itu. Pontianak pertama pun
bertanya kepada pontianak ketiga bagaimana dia boleh begitu pantas
mencari mangsa. dan dengan selamba pontianak ketiga berkata " aku tak
perasan kat belakang kita ada bangunan,masa terbang aku terlanggar
bangunan itu".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan