Jumaat, 16 April 2010

Penganggur pakai Mercedes Benz...



Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup
lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk
keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta
Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum
tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur,"
kata Peter, 35.

Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut
memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga
permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon
bimbit.

Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak
berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan
menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan