Jumaat, 16 April 2010

Pelik tapi benar dalam solat....

Hampir setiap kali bila kita ingin
menunaikan solat berjemaah di surau atau masjid, mesti ada sahaja
sahabat yang terlupa untuk menutup atau mematikan telefon bimbit
mereka. Sehinggakan deringan kuat dengan pelbagai irama membuatkan para
jemaah yang lain tidak khusyuk dalam solat mereka. Ianya telah menjadi kebiasaan kita untuk mematikan telefon atau menukarkannya dalam mod silent apabila berada di tempat-tempat seperti ini..Jadi, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang yang sedang solat, bila telefon bimbitnya berbunyi?

Solat jemaah merupakan suatu perhimpunan yang penting. Oleh itu sewajarnya
tidak harus ada apa-apa yang boleh mengganggunya. Dalam keadaan telefon
bimbit yang berbunyi, sudah tentu ia bukan sahaja akan mengganggu para
jemaah, bahkan pemilik telefon itu sendiri pasti lebih terganggu. Oleh
itu tidakkah lebih penting mematikan telefon bimbit daripada
membiarkannya terus berbunyi dan mangganggu para jemaah, semata-mata
kerana pemiliknya khuatir, jika beliau mematikan telefon itu solatnya
akan batal? Daripada kesemua hadis-hadis yang dikemukakan di atas, maka
hukum mematikan telefon bimbit adalah wajib, tidak kira sebelum solat
atau sedang solat dan tidak kira berapa banyak pergerakan yang
dilakukan untuk mematikannya.

CARA MEMATIKAN TELEFON BIMBIT.


















1. Gunakan satu tangan untuk mendapatkan telefon bimbit yang berbunyi.
2. Tekan butang untuk mematikannya.
3. Teruskan solat sama ada secara sendirian atau berjemaah.
4. Kalau berbunyi lagi, ulang cara di atas.

Begitu juga halnya apabila telefon bimbit itu berada di lantai, maka matikan semasa dalam keadaan akan sujud. Adapun menjawab telefon memang tidak dibolehkan sama sekali dalam keadaan solat.

p/s : Jangan lupa mematikan telefon bimbit sebelum menyertai solat berjemaah di surau/masjid. Habis cerita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan