Ahad, 18 April 2010

Microsoft China bayar gaji RM1.67 sejam


BEBERAPA pekerja kilang Microsoft di China tertidur keletihan akibat tidak cukup rehat.



BEIJING – Sebuah badan bukan kerajaan berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan nasib pekerja kilang firma komputer terkenal dunia, Microsoft di China yang hanya menerima gaji asas permulaan 3.57
yuan (RM1.67) sejam.

Dalam laporannya diterbitkan semalam, National Labour Committee (NLC) yang merupakan organisasi pemantau hak asasi buruh di seluruh dunia berkata, hasil siasatan selama tiga tahun mendapati pekerja di situ juga
dikerah bertugas sehingga 15 jam sehari.

Lebih 1,000 pekerja kilang itu yang terletak di Dongguan, bandar raya terbesar di wilayah Guangdong, 87 kilometer dari Hong Kong, dilarang berbual atau mendengar muzik di dalam kawasan kilang dengan suhu 30
darjah Celsius.

Pengarah Eksekutif NLC, Charles Kernaghan berkata, ramai pekerja mengadu tidak selesa bekerja dan terpaksa bertugas lebih masa kerana gaji bulanan mereka cuma 770 yuan (RM360) semata-mata untuk membantu
keluarga miskin di kampung.

Jurucakap Microsoft di Washington, ketika mengulas isu itu berkata,
pihaknya akan menyiasat dakwaan NLC secara serius dan memberi jaminan,
firma itu dengan 93,000 pekerja di lebih 100 negara, prihatin kepada
kebajikan mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan