Jumaat, 16 April 2010

LELAKI SEMAKIN BODOH........

Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab.

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang
masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan
lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah
hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul
cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka
makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah
kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk
membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari
hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg
sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan
tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu
telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka
menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana
tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains
sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah
itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara
umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2
zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg
memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University
di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi
kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara
menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu
berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama
semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan
didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah,
maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang
pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati,
apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka
kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak
untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future).
Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan
yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran
lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di
sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab
hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia
berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2
jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan
kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan
(pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet.
Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan
anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg
berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram.
Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan
kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki
hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main
hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2
feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu.
Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan
yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada
kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga
kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan
mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan
tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia
itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan
wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2
menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur
gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik
disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk
memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu
mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara
saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan
terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2
lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka,
lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan
bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu
adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah
lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika
bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan
kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh
ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas
saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2
(di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab
menutup aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh
sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2
belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2
kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat
hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan
berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa,
data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau
dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat
sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga
menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan
TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2
semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau
apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu
juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman"
contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan
menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg
terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri
kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan
(quantum entanglement) , cara pemikiran kita mempengaruhi dunia.
Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri
baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali
kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel
pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg
perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg
lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh
alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab
berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta,
"RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan
setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal
lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan
mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan
masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri
dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabk an oleh Allah nanti kerana membiarkan
masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin
sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan