Ahad, 18 April 2010

Dato’ Siti Nurhaliza Menang Bintang Paling Popular ABP 2009

Hadir bersama suami tersayang, penyanyi nombor satu ini tampil hebat dengan rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini.

Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza atas kemenangan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular pada edisi ABP yang mana merupakan tahun terakhir buat diva popular ini menyertainya.

Selain itu, beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABP 2009.

Bravo!

Petikan ucapan Siti Nurhaliza di Fnpage Facebook:

“Salam. Siti ingin berkongsi kejayaan Siti malam tadi, Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH bersama anda semua yg tlh dan tanpa jemu menyokong Siti selama 15 thn ini. Siti
pasti undian andalah yg memungkinkan Siti meraih anugerah2 tersebut dan
terima kasih yg tak terhingga. Pengorbanan dan sokongan anda amat Siti
hargai. Sayaaaaaaaannnnnnngggggggg anda semua!

Siti amat terharu dan gembira kerana Sitizoners, peminat2 Siti dan anda yg menonton ABPBH di kaca tv di mana saja anda berada menyaksikan kejayaan tersebut bersama2. Siti sempat bertemu peminat di Genting
Highlands semalam dan kpd yg tdk datang ke sana, Siti juga amat
menghargai setiap usaha anda. Andalah perkara plg hebat dalam hidup dan
karier Siti-PEMINAT TERSAYANG!”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan