Ahad, 18 April 2010

ADAKAH GENERASI BEGINI YANG KITA INGINKAN.......??????

Gempar kelakuan budak 4 tahun

Gambar yang disiarkan di laman web Detiksurabaya.com menunjukkan Sandy menghisap rokok.

JAKARTA - Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalamVideo selama tiga minit yang
dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan
No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton
sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana
melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk
cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah
pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada
budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ketika manusia dilahirkan ke dunia, jiwanya dalam keadaan fitrah. Fitrah manusia adalah kenal kepada Tuhan, mematuhi perintah-Nya,
cenderung kepada kebaikan dan tidak suka kejahatan.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah), tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu.” (Al-Ruum: 30)

Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa kelahiran manusia ke dunia adalah dalam keadaan fitrah. Sabda
baginda yang bermaksud: “Setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah
dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi atau
Nasrani atau Majusi.”

Di samping ibubapa, suasana yang mempengaruhi ibubapa, seperti jiran, tempat belajar, sistem pembelajaran, siaran radio-tv, bahkan kerajaan yang memerintah pun
terlibat. (2MA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan